Friday, August 19, 2011

Pengalaman pahit dan manis

Tak pernah terfikir suatu hari aku akn rasa hidup tnpa keupayaan salah satu anggota tubuh bdn iaitu kaki..
pada tanggal 6 Jun 2010, lebih kurang jam 6.15 petang, cuaca masa tu agak terang. yela matahari dah hampir selesai tugasnya di bumi Malaysia ni. Aku dapat panggilan kawan baikku yang sudah lama tak ku temui ada di rumah sepupuku, nana, rumah nana takla jauh sangat. cuma seberang jalan besar pontian-johor. walaupun dah lewat petang aku nekad nak pergi gak sebab dah rindu sangat dengan kawan aku tu. aku ingat masa tu aku pakai t-shirt matrix merah aku dengan seluar hitam serta mengenakan selendang. yela nak cepat. nak dipendekkan cerita masa aku nak melintas aku tiba2 dilanggar oleh sebuah motosikal. perasaan? rasa apa? tak tau la nak gambarkan macam mana. yang pasti disebabkan aku tak pengsan dan sedar sepenuhnya aku terdengar suara mak cik aku yang kebetulan ada di depan rumahnya betul2 di depan jalan aku kemalangan tu. ada sebuah kereta kancil kelabu berhenti dan membantu bawa aku ke hospital pontian. aku ditemani mak cik aku tadi. dalam kereta dia tak putus2 suruh aku selawat kemudian dia pun selawat sama2. to be continue....

Sunday, March 28, 2010

perasaan geram kat ornag tak boleh di elakkan.. kat kwn klaz..bdk bilik malah kat family sendiri. tapi percaya tak kita boleh atasi perasaan geram tu dan mengelakkan dari bergaduh or perang besar. aku cuma manusia biasa yang tak lepas dari buat salah. aku kadang2 ada rasa marah kat orang gak. sampai ada yang kata aku ni garang. tapi seriously aku tak suka di cop macam tu. mcm aku ni jahat sangat je bunyiknya. aku selalu anggap perasaan geram aku tu benda remeh. aku berfikir panjang sebelum nak wat sesuatu kat orang yang wat aku marah tu. kadang2 aku lepaskan marah aku dengan menangis sorang2 dalam bilik air, masa nak tidur or masa aku sorang2 kat bilik. aku tak nak ada orang tahu sebab nnti kalau aku citer kat orang kesian plak kat orang yang wat aku geram tu. dah macam aibkn dia plak. so better i keep it by myself. aku anggap pe yang jadi kat aku tu balasan atas dosa2 aku yang lepas. maybe aku pernah sakitkan hati dia dulu sebab tu dia balas balik kat aku. tak pe la. fair and square. ada certain orang kata aku ni mcm orang bodoh nak anggap semua benda tu positif. tapi bila fikir balik kenapa, kita nak sesakkan otak kita dgn benda2 tak penting. mcm gaduh debgan bdk bilik semata2 sebab stress belajar..what's the point?? apa yg kita dapat. skit hati sendiri adalah. buang masa je. pas tu yg lain terasa n tak bercakap bila jumpa..padahal hari2 ngadap muka dia. aku tak rela nak wat sape2 nangis sebab aku. x baik giler sbb aku tau sakitnya hati tu, TUHAN je la yang tau..so just be fair with your life. think positive, it's the only way to stay happy in your life..

Saturday, March 20, 2010

my roomate...hmmm... ayu and leena.. terengganu and johor. kami bertiga dalam bilim D2.25 kat blok D Al-Razi KMJ... ayu seorang yang degil and agak keras kepala tapi kadang2 pemalu gak. alah! base la perempuan. dia ni pendirian tetap sikit. susah nak ubah pendirian dia. kadang2 garang gak and sometime boleh jadi sangat pemarah. tapi jangan risau dia belum bunuh orang pun. yang penting dia respect view orang lain gak. dia ni suka bercerita. suka dengar citer2 dia lagi2 pasal pengalamn hidup dia. budaknya pandai gak, lagi2 subject biology and mathematics. dia memang barbakat jadi cikgu sebab dia pandai ngajar ornag. tapi mesti jadi cikgu yang sangat garang. silap2 anak orang di campak kuat kelas sebab tak dapat jawab soklan..hahahaha!!!!!!!!
enough with ayu, we move on to leena a.k.a razleena rahim. pangacara sensasi tv3..haha.. tak da maknanya. dia ni nampak pendiam tapi tak la pendiam sangat. yang pasti sangat rajin study orangnya. sensitif and cepat stress. lambut tapi kadang nampak kuat semangat gak. satu2nya anak bongsu dalam bilik aku tapi dia paling tua sebab dia lahir bulan januari. pandai la macam biasa sebab rajin kan. nak di bandingkan dengan aku yang kerjanya tido je...hehe... yang penting diorang ber2 muka memang seiras cuma ayu mata dia bulat and besar sikit dari leena. aku je la anak tiri dalam bilik ni. dah la aku sorang je budak fizikal. memang nak study fizik tak ada geng la. tapi tak stress pun belajar dalam bilik even aku prefer study dalam bilik dari kena kuar gi library. dah lain pulak citer aku ni.. itu jela pasal budak bilik aku yg sengal2 belaka..kecuali aku.hehe..

Monday, March 15, 2010

we are the winner!!!!

6 march 2010...hari yang sangat menakutkan, manerujakan (btol ke bm aku?), dan menyedihkan gak.. kitorg bdk2 fizikal 20 ada pertandingan puisidra. giliran ke 13.. kelam kabut gak la sebab video xjadi plak masa pertandingan tu. dengan lappy bateri kong.. dgn otak aku skali kong. sajak baru tmbah semalam. ngafal mcm pe mlm sblm tu.. director asiah (mummy) suro aku nangis plak tu. suro emosi n feel sikit masa baca sajak tu. aduss! xreti aku. lupe plak, kitorg wat puisidra tajuk cinta tiga segi. idea xingat la dri sape tp mmg msing2 bagi cooperation bek punye...hehe.. aku dgn amil jd penyajak.. iqbal jadi tunang fatin aka pembunuh kejam tu..sazril jd ex-boy fatin yg laz2 kene bunuh gak tu..fatin pompuan yg tunang dgn iqbal pas tu curang then kena bunuh dgn iqbal..zuey, ky and almas jadi syaitan yg hasut smua sampai jd huru-hara mcm dlam citer tu la.. mummy a.k.a asiah da director bergurindam masa first2 puisidra. geng2 yg tolong iqbal bunuh sazril n fatin terdiri drpd [ceh!! ayat tak thn..bm A1 ktakn..hehe...] fahruddin, afnan, papa a.k.a abg aiman, siradz and lina.. bpk gnz diorg membunuh beb.. nmpak real gler dr bwh pentas. tak di lupakn warden penjara abe ilham n luqman.. yg jadi banduan a.k.a iqbal masa pas kena tgkap n msk penjara is our one n only khalis aris.. masa nk dekat pertandingan memg sume dah start stress.. mama dh mrh2.. da yg sibukkn study smpai pertandingan kitorg terbengkalai..x dtg latihan. da yg xpuas hati sana sini.. ckp pun sume dah main lepas je.. kira sume dh jd sensitif giler masa tu. kta kwn baik aku base la msa waktu2 genting ni sume dah jadi emotional.. ok2..faham2.. hehe... even masa pertandingan kat belakang pentas masa dah nak start turn kitorg nak berpuisidra, sazril marah sume watak2 syaid.. aku tengok tapi wat tak tau jela. yela org tengah nervous nak sibok kn emosi dia plak. relax2 sudah la. tapi walaupun kat belakang kelam kabut giler [kesian hannah, sampai patah meja untuk props. dah tak cukup 1 prop kitorg] tapi penonton suka citer kitorg sebab lain drpd yang lain. nampak smooth je dari atas pentas tau.. hehe.. optical illusion. [ntah apa2]. aku plak baca sajak sampai nangis2.. kata yg lain iqbal pun nangis gak. kira kitorg mmg feeling habis la.mmg all out la aku masa tu. bila pikir balik rasa mcm over react plak.tapi bile ramai puji jadi mcm seronok plak.kire berbaloi la apa yg aku wat selama ni. bdk bilik aku lagi dasyat, jerit nama aku dari bawah mcm pe.. geng prodigious aku gelak bukan main. teruk!!! hehe...da video!! dah la masa tu aku da lupa sajak. nak tengok takut kena potong markah plak sbb tak hafal.sekali aku tgok amil selamber badak je tgok kertas. lagi x hafal mamat tu. sampai sujd2 baca. giler feeling.. tapi kata kwn2 aku, aku baca lagi best dari amil..haha..[bangga tu]..yang penting apa2 pun yg terjadi dalam proses nak wat yg terbaik untuk puisidra, kitorg dpt hasil yg memang memuaskan giler. malam annual dinner yg penuh bersejarah bagi fizikal 2o, kitorang dah jadi juara puisidra sempena hari ko-ko 2010 kmj... yeeehhhaaa!!!!! we are the winner beb!!! kuliah 3 mmg rox!!! huh!! sayang korang sume.. sedih plak bile ingatkn pertemuan kita kat kmj ni cume sementara je. pe2 pun aku tak kn lupakn korang sume... i love kmj very much!!!

Saturday, February 13, 2010

my love my family

i luv my family so much!!!! i luv them more than my own life. masa kat kmj pernah 2 aku tak balik rumah walaupun cuti kat kmj 5 hari. peh! rindu giler kat adik2 aku especially kat adik bongsu aku aishah. walaupun aku tak rapat sangat kat dia tapi aku dengan dia macam ada satu connectivity jarak jauh tau. kalau dia rindu aku, mesti aku pun tengah rindu dia. kalau aku sakit mesti dia pun sakit. at least, kalau dia demam ke aku mesti rasa tak sedap hati. i luv all my siblings very much... even diorang la yang jadi sebab aku kuatkan diri hidup kat tempat orang, study rajin2 and nak berjaya capai impian... aku nak tanggung diorang semua belajar. aku nak diorang pun masuk sekolah asrama macam aku. study is so important. aku nak diorang semua cungkil bakat2 diorang and no matter it is i'll always support them. kak mok sayang abang, camai, akak, adik and ecah.. tak lupa my beloved parents...mak and abah. doakan kak mok berjaya dalam pe je bidang yang kak cuba capai...

Thursday, January 14, 2010

hidup tak selalu indah..setuju tak? saya pernah lalui hidup di atas dan di bawah. sekarang? ALHAMDULILLAH.. saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. sebagai anak sulung saya belajar untuk berdikari dan tidak mementingkan diri sendiri. saya kena banyak belajar bersabar....dugaan hidup ni memang mancabar tapi apa2 pun saya percaya semuanya ada hikmah. saya ingin belajar dari kesilapan bukan mengesalinya. saya mesti tahu apa keutamaan dalam hidup saya. saya tak nak sakiti hati sapa2 lagi. saya tak nak buat kesilapan yang sama saya buat dulu. saya nak jadi pendengar yang setia pada keluarga dan kawan2 saya. saya nak elakkan memusuhi sesiapa. saya serik nak berebut dan menunjuk kebolehan diri pada orang. saya nak bantu orang percaya dengan kebolehan diri. saya tak nak menilai orang sebarangan macam dulu lagi, tapi saya nak pandang semua orang dari sudut yang positif sebab saya tahu setiap manusia di atas muka bumi ni ada kelebihan masing2.

Wednesday, September 23, 2009

ashley way......the enigma and still enigma to me...she likes joey zehr and damn like him. i really like to tease her with that 'cute' joey...hehehe.... ntah la joey tu bley tahan tp aku yg tak tahan tengok joey tu...kadang2 hensem je...kadang2 serabai semacam tapi yang penting ethan lagi cute la.....aku cuma suka tengok joey pusingkan drumstik dia....so cool....cool drummer of the click 5....

My Blog List

ex student-samura

ex student-samura

ex student-smk t'deja

ex student-smk t'deja

my favourite supernatural guy

my favourite supernatural guy

i do love adam lambert songs

i do love adam lambert songs